BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, January 31, 2011

Mencipta Kenangan d Gunung Stong n Gua Musang

Gunung Stong



Assalamuaalaikum... hari ni aku nk cte pasal 2 benda yg pling best la bg aku....n sebelum nk cte tu, aku nk gtau yg aku btul22 suke buat xtiviti lasak...aktiviti yg leh mencabar diri aku, keberanian aku n dapat buat aku mencube sesuatu yg baru. Sebenarnya, aku masih byk xtiviti yg xdpt aku buat sepanjang aku msuk u nie....Tp, sekurang2 nya ada jugak la xtiviti yg amat bermakna dlm idup aku... :-)

First skali, mse aku mule2 masuk Universiti Malaysia Terengganu nie, mse aku mula2 sampai...geng2 aku bkn jenis yg suke buat menda2 cmnie...so, aku kna join sendri je smua....kurang2 nya aku bleh berdikari... mule2 skali aku join xtiviti mendaki gunung stong... mule tu, biasa la kn bru nk cri membe...lama2 leh la sesuai kn diri.. Tp, best la coz smua bdk2 join ni sporting n abg2 yg jge kteorg smua peramah2...mse ni la bru terkial2 nk msk sendri, maklumlh kat skolah bkn penh msuk camping..hahaha naseb bdk laki group kteorng expert je msk, bdk pmpuan potong2 bwng je....then esoknya p melwat gua2 dekat ngan kawsn tu, gler la...jln kaki pergi balik 16km....sampai2 smua lembik je..abes tenaga jln kaki, da la pns gle....Tp pengalaman tu xdpt d cri.....hehehe

 kuatnya org tu..hehehe

Posing dlm utan...haha

Hari ketiga lak mule la operasi naik gunung, trek die....mmg mencabar la...aku duduk bhagian blakang skali ngan akak n abg2 senior..ble smpai je, naik2 ada sungai..best gler, pe ag...terus je mndi, letih gler...mlm tu, kteorng buat xtivivti crita pengalaman msing2...aku time tu dgr je org cte, sampai la turn mamat nie sorng, awat ntah, org pmpuan cm ske je kat die, konon la cm chinese look..hehehe ramai la peminatkn...:-p aku pun ske gak, cm comel2 je...die cte sal pengalaman die kat skolah die, ramai kna buli ngan senior...aku kusyuk je dgr...ehem2...:-) 


 mandi time....:-)

Hari last tu, pg2 tu smua p tempat kterong berkumpul smalam....tgok matahari terbit, cantik gler...xpenh aku tgok pemandangan secantik nie. smua org muke xmandi ag....haahhaaha da la busuk xmandi ag...bgun2 slt, terus p...


 matahari terbit...bersama sinar bru...hehe

 Emosi skit....teringat kenangan lalu...hahaha

 silau la....haha
letihnya saya...hehe

Water rafting

 muke2 letih smua...:-)

fuhhh....cantik la...

Xtiviti kedua aku p water rafting, kat gua musang..pengalaman yg nie...mmg best gler44....xdpt nk ckp cmne, kecuali korng p rse sendri cmne..ble lalu bukit2, tgok pemandangan  sekeliling...cmne ble lalu kat arus air yg laju gler, siap ada org jatuh...pastu, time kna tolak dlm air...hehehe jahat gle....lama2 abang2 tu xyah tolak, aku sendri rela ati turun berpaut kat pelampung kteorng....mmg santai n pling best la...

 setting brg2 nk berangkat

 kayuh jgn xkayuh...hehe

Rafting ni ambik mse 4hari lalu kat sungai apa ntah, aku dah lupe...tp kteong bermalam kat gue musang n perkmpungan org asli...mcm2 xtivitit ada...aku kire bertuah gak la, dpt join xtiviti ni free...klu join kelab punya, dekat 600 sorng,,,, Klu nk cte, mmg korng xdpt rse perasaaan tu, kecuali korng rse sendri n nikmati keindahan alam semula jadi ciptaan-Nya...:-) 

Tgh2 kteorng rafting nie, adalah nampak sekelompok bdk2, ank2 org asli pkai bju skolah...dorng buang bju, kasut then susur sungai ni sampai junjung bju n kasut dorng...bru tau, tgh2 kte sedang nikmati pelbgai kemudhan, dorng nk p skolah pun ssh...iskkk...terharu glerr..

 jage2...jatuh xtau...

 hikhikhik..

 ni ag cantikkkk...:-)

 team kteorng menang nie,,,hehehe

 Tu je dpt aku cte tuk xtiviti yg pling aku ske la...t insyaallah aku msukkn ag yg lain....tgok2 la gmbr yg ada.... hehehe...kalau nak cte, ssh sikit nk memahami...tp klu tgok gmbr leh la tau sikit2...tp...gambar xkn sme ngan pengalaman yg kte alami~~~~ So, pesanan terakhir....crilah sebanyak pengalaman yg mungkin....:-)

Thursday, January 27, 2011

Tulang Rusukku


WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”. LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.

WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahqwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan sendiri..

Wednesday, January 26, 2011

Lelaki + perempuan = kawan baik???



Lelaki adalah seseorng yg cukup sinonim dalam idup seorng pmpuan....lelaki jugak ada dlm kuarga kte, sahabt2 kte, dan juga akan menjadi suami kte. Setiap perempuan juga mesti ada seseorng d sebaliknya, seperti lelaki...kata org, d sebalik kejayaan seorng lelaki, pasti ada pmpuan d sebaliknya...aku suke dengar ayat tu....hehe

Tapi mcm aku kata, setiap pmpuan berbeza. ada jugak kwn2 aku yg takut nk berckp ngan laki, ada yg malu2, ada yg xbiasa dengan lelaki....mungkin sbb dunia sekarang yg smakin menakutkan. Kalau nak bercakap pasal lelaki, sampai esk pun xabis...kn..

Lelaki sbagai kawan baik perempuan mmg best!!! mungkin sbb mereka mempunyai perspektif yg berbeza dlm apa jua perkara. pemikiran diorang lagi luas, dan kreatif. Bukanlah kwn perempuan tu xbest, cume lelaki selalunya rasional dan slalu melihat sesuatu dripada sudut yg berbeza. Cas2 yg bertentangan dari lelaki dan perempuan tu yg membolehkn mereka berkawan baik (hehe...ye ke)

Bagi aku, xsalah mempunyai kawan baik lelaki....keluar same2, sembng same2, n lepak same2. Selagi ianya xbertentangan dengan agama kite.Pemikiran manusia zaman sekarang jugak kadang2 dah berubah bile tgok lelaki dan perempuan bersama, smuanya pandang serong. Tp, aku xsalahkn masyarakat jugak, aku pun ngeri bile tgok mcm2 dlm berita pasal kes2 buang bayi la, maksiat sana sinie...smua tu xkn jd, kalau x kerana lelaki dan perempuan kn??? Betul la kawan aku penah ckp, cinta tu nafsu~~~ kalau tak ada perasaan cinta tu, boleh ke lelaki dan perempuan berkawan baik...yg penting girl2 kat luar tu, pndai jge diri...hehe kat bawah ni aku dah sediakn ciri2 yg lelaki tu boleh jd kawan baik kite~~

 Ciri-ciri kawan lelaki yang baik :-

 1) Tempoh perkenalan > 2 tahun
 Kadang di tahun pertama perkenalan tu kite akan tahu sifat baik dan buruk dia...manakala tahun kedua tu lah kte akan lebih knal kwn kte... niat sebenar dorng tu penting, tujuan mereka berkawan dengan kte...

2) Menghormati perempuan
Lelaki yg benar2 ikhlas nk berkawan dengan perempuan akan hormat pddie..maknanya die xkan buat sesuatu yg melampaui batas...x cube untuk merapatkan diri dengan kite dan becakap tentang perkara2 yg xsepatutnya.

3) Menjaga perempuan
Kwn lelaki yg baik sentiasa menjaga dan melindungi kwn perempuannya. Die xkn ajak kte msuk tempat2 xsepatutnya, dan akan sentiasa menasihati kte supaya pandai menjaga diri dan kehormatan kite sbagai perempuan...Sbb lelaki yg baik, xkan merosakkn perempuan yg die syg...

4) Tidak mengambil kesempatan
Topik ni paling penting, walaupun dgr agak sensitif, tp sebagai perempuan kita kte saling beringat...Lelaki yg baik tak akan ambil kesempatan pada kwn perempuan die. Sama ada dari segi sentuhan, belaian dan sebagainya.

*** kalau ada apa2 idea, boleh tambah yer :-) ***



kwn2 perempuan sekolah aku :-)

 Aki

 Ayie

 Member2 perempuan kat u :-)

Aku membincangkan perkara nie sbb kdg2 aku dpt rasekn org lain xphm apa aku fikirkan...knpa kena ada kwn baik lelaki bile kita ada kekasih???kita ada keluarga???Itu slalunya persoalan yg selalu org xphm pasal aku....

Idup setiap org berbeza, cara di besarkn juga berbeza. org yg betul2 rapat dgn family dorang, kadang2 aku tgok hari2 mak akak dorng telifon~~~bestnya...dpt sembng mcm2...Ble mcm tu la idup seseorang, die akan merasakn idupnya sudah cukup sempurna dan penuh dgn kasih sayang...even, kalau aku d tempat dorang la, aku pun xnak org lain...:-)

Manakala ada sesetengah org pulak, bila ada bf or gf nie...smua idup dorang hanya lah untuk keksih dorang... Perlu ke?sedangkn kita xtau samaada lelaki tu ke yang akan menjadi suami kite?lelaki tu ke yg akan terus setia ngan kite?? Xsalah setia, tp ada batasnya... Aku perasan gak kdg2 ada sesetengah tu yg xberkawan dgn lelaki lain ble da ada bf or gf. Menda ni amat xlogik, yg hanya boleh kite ikut adalah suami kite. xkan sebab seorang lelaki, kite kena lepaskan semua kwn2 yg bersama kite, ssh senang kite masa dulu... hehe Sebenarnya, aku pun penah alami situasi cmnie~~~  Akhirnya, smuanya xberbaloi...Kwn yg dulu aku pernah tinggalkn, akhirnya pada die jugak aku kembali, manakala cinta xmungkin akan kekal bersama kite tanpa ikatan perkahwinan...

Ketiganya, knpa kena lelaki????knapa x berkawan baik dengan perempuan??? tipu la kot klu aku ckp aku xda kwn baik perempuan...hehe mmg la ada, cume xramai, xramai yg aku btul2 percaya. Dan yg paling utama, kdg2 ble kte tersalah pilih kwn, ada yg suke menikam dari belakang dan ada jugak yg suke perli2.... Kwn bukannya ptt memahami, menasihati, dan mengerti apa yg kte rase~~~ :-) Tp bukan smua la...sesetengah perempuan cmtu, sbb aku pernah terkena zaman sekolah dulu, sejak tu aku xbyk sgt cerita dengan perempuan....Tp kalau lelaki, lelaki amat berpegang kepada rahsia, akan jaga sebaik yg mungkin, tp bukan smua lelaki la..hehe tu la sbbnya kite kna pilih kwn lelaki yg btul2 ikhlas sygkn kte~~~

Lastly, arap2 korang phm...Bohonglah kalau aku kata dlm menjadi kwn baik tu xda perasaan syg... Aku sygkn smua yg aku ada sekarang, bukan beerti tamak, tp belum bersedia untuk melepaskn untuk satu cinta...

Tak salahkn seorng perempuan dengan kawan lelaki berkawan baik....Semuanya yang berlaku dan kenangan yang kita cipta hari ini akan kite ingat sampai bile2.. Aku nak mencipta kenangan sebanyak yg mungkin dengan semua org yg pernah beraada di sisi aku...:-)


Akhir sekali aku nak ckp, Kwn baik lelaki aku umpama sayap aku....tanpa salah satu daripadanya, mana mungkin aku terbang... Sebab tu la, aku ada sayap kanan dan sayap kiri....hehehe...so, kepada sayap2 ku...ketahuilah bahawa sayap2ku adalah paling berharga dlm idupku...:-) 


Luahan Hati Wanita


Kadangkala sukar untuk diluahkan segala apa yang bersarang di lubuk hati ini.
Sukar jugak untuk melalui segala kepahitan ini.
Namun sebagai hambaNya aku harus redha dan tabah mengharunginya.


Kalau ikutkan hati yang lemah ini.
Terasa ingin menjerit sekuat hati ini.
Biar seluruh isi alam mengerti apa yang sedang aku lalui.
Namun haruskah aku berkelakuan sedemikian.
Ah! mana mungkin.


Siapakah aku untuk melawan takdirNya.
Siapakah aku untuk mempersoalkan segala-galanya.
Siapakah aku untuk terus menangisi segala ketentuaNya.
Aku harus terus bersabar.


Sabar dan terus sabar.
Sabar dalam melalui ujian ini.
Sabar dalam menerima karenah manusia sekeliling ku ini.
Biarlah apa orang nak kata.
Allah tahu apa yang terbaik buat diriku...

Monday, January 24, 2011

Alhamdulillah...

Syukur ke hadrat ilahi akhirnya aku berjaya membuat sebuah blog. Walaupun baru permulaan, pasti ianya akan lebih berseri hari demi hari. Hope blog ni dpt bg pelbagai informasi pd mse akn datang... :-) terutamanya pada seorng yg bergelar perempuan....Terlalu byk memori, kenangan serta cerita2 yg nak aku kongsikan bersama......Pengalaman yg xmungkin dpt dibeli, tp hanya dpt dirasai....

Sesungguhnya setiap kehidupan pasti ada sesuatu yg penting d sisi masing2... Samaada keluarga, kwn2, cinta dan sebagainya. Smuanya berbeza dan bergantung pada keadaan msing2 d besarkan dan persekitaran keluarga masing2. Isu ini adalah amat penting spaya setiap org tau bhawa idup msing2 berbeza dan d sbb itulah perangai msing2 berbeza.... Smua ni amat penting bg sya....

Gmbr mse form 5 ~~cm bdk2 je smua...

Reunion~~mse ni umur 19..hehe
aki n beri ~~time mude dorng...

Bagi aku wktu sekolah la yg pling berharga.... Mse tu kwn2 amat penting sbb kebanyakan mse kte adalah dgn mereke....cikgu jugak amat penting.... Then, lepas tu smuanya akan berubh....kita akan meningkat remaja...mse remaja pulak, mse org semua msuk belajar, then ble reunion, mmg byk la perubhan dpt aku lihat....Smua org mkin bergaya, mkin cntik, mkin stylo...hehehe mcm2 ada....

Keluarga pula adalh asas segala2nya....Xda sesiapa yg xsygkn keluarga....bermulanya kita pun dari sebuah kelurga dan akhirnya juga kita akan membentuk keluarga.... mungkin nanti aku akn critakn tentang family aku...hehe...walaupun kuarga ku kecik, tp tanpa mereka, sape la aku....:-)

Sebagai pembuka bicara...aku rasmikn blog nie...hehehe :-)
Assalamualaikum...