BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 23, 2011

Tanpa Kemerdekaan


Tanpa kemerdekaan....
Tidak mungkin kita lahir ke dunia dengan penuh kasih syg,

Tanpa kemerdekaan...
Tidak mungkin kita dapat kecapi zaman kanak2 yg penuh dengan kegembiraan dan kenangan,

Tanpa Kemerdekaan...
Tidak mungkin kita dapat kecapi zaman remaja yang penuh dengan kebebasan dan kemewahan,

Tanpa Kemerdekaan....
Tidak mungkin kita dapat menjadi seorang pelajar universiti dan seorang anak didik yg cemerlang,

Tanpa Kemerdekaan...
Tidak mungkin kita dapat membesar dengan penuh keamanan,
Tanpa peperangan, 
Tanpa kedaifan, 
Tanpa kebuluran, 
Tanpa kekejaman,
Tanpa kesengsaraan...

Kerana Kemerdekaan....
kita dapat menjadi seorang anak MALAYSIA...

MERDEKA!!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!



Tuesday, August 16, 2011

Kecantikan Hati



Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu

Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya

Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada 
Maka percantiklah hati kita agar dicintai dan dirindukan semua orang....

Saturday, August 13, 2011

Kisah Dongeng


Ku sedar ku tak seberapa,
Jika dibanding mereka,
Yang jauh lebih megah dari diri ini....
Apa yang mampu ku berhias,
Hanyalah hati yang ikhlas,
Terpendam simpan untuk dia yang sudi...

Mencintai aku dengan seadanya,
Mencintai aku bukan kerana rupa,
Dalam waktu sedu,
Dalam waktu hiba,
Ku harapkan dia rela....

Mencintai aku dengan seadanya,
Sanggup menerima insan tak sempurna,
Atau mungkin cinta sebegitu hanya,
Kisah dongeng saja...

Belum pernah ku merasakan,
Dipeluk dalam dakapan.
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini....

Sanubariku memerlukan,
Kehadiran seorang teman,
Tulus mencurah kasih sepenuh hati....

Mencintai aku dengan seadanya,
Mencintai aku bukan kerana rupa,
Dalam waktu sedu,
Dalam waktu hiba,
Ku harapkan dia rela...

Mencintai aku dengan seadanya,
Sanggup menerima insan tak sempurna,
Atau mungkin cinta sebegitu hanya,
Kisah dongeng saja,,,

Friday, August 12, 2011

Menjadi Insan yg Kuat


Salam...dah lama kita xbertemu di ruang penulisan ini...rasanya aku bukanlah penulis yg baik, penulisan aku sentiasa sje terhenti dek kesibukan....:-)

Sedar xsedar kita semua dah masuk dalam bulan Ramadhan, Smoga smua nya berjalan lancar dan kita dapat lakukan terbaik d bulan nie.... 

X dinafikan semua org mmpnyai liku dan dugaan yg perlu d tempuhi, same jugak dengan aku.... PErmulaan bekerja dengan majikan yg begitu keras perwatakannya, berjumpa dengan rakan2 sekerja yg kadang2 membuatkan aku tertawa dan beberapa makhluk Allah yg bernama perempuan yg kadang2 gemar membuatkan hati kita sakit... 

Semua insan2 d sekeliling kita kadang2 boleh membuatkan kita lemah...kadang2 boleh menjadi kekuatan kita...Tp yg pasti, semakin banyak kita bertemu dengan insan sebegini, semakin kuat diri kita.... Smoga kita semua menjadi semakin kuat untuk menempuhi dugaan dan cabaran dlm hidup nie...:-P