BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 31, 2011

Tinggalkan Tangisan Itu Di Pengakhiran 2011

Salam....sempena malam2 terakhir 2011 ni aku teringin coretkan sesuatu yang amat berharga... pernah x korang terasa korang amat di perlukan oleh seseorang, then tersedar ;-

"Saya ingat awk perlukan saya, rupanya awk xperlukan saya langsung dalam hidup awk"



So saddd... Setiap orang ada jalan tersendiri dalam hidup masing.... air mata dan wanita xmungkin dapat dipisahkan, hanya selepas menangis je perempuan dapat menenangkan diri, walau pun org ckp masalah xdpt diselesaikan dengan air mata.... Tp air mata tu la melambangkan kesedihan d hati, yang xdpt diluahkan dengan kata2... haishhhh Aku xsanggup nak masuk 2012 n masuk alam 23 tahunnn....Ya Allah aku da semakin dewasa, aku boleh buat keputusan sendri n aku boleh tentukan idup aku sendiri...Semua pilihan d tangan aku....

Tahun pun nak berubah, so kenapa aku xleh berubah??? berubah untuk diri sendri.... Jgn jd budak2 yang menangis pd mlm raya, menangis dlm kelas bile kene buli, Menangis bile kene kata....menangis menangis menagis.... 

So tetapkan azam baru anda..same2 yep... :-) Selamat datang 2012...xsabar nk tunggu 12.12.12 cntikkan..hehe 
Assalamualaikumm <3


Note : pastikan anda sentiasa tersenyum... :-)

Thursday, December 29, 2011

Jika Dhia.....


Ya Allah...
Jika dhia adalah jodoh yang Engkau titipkan untukku,
Satukanlah hatiku dan hatinya,
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku,

Tapi Ya Allah...
Jika dhia bukanlah jodoh ku,
Jauhkanlah hatinya dari hatiku,
Jauhkanlah dia dari pandanganku,
Temukanlah aku dengan jodoh yang telah Engkau tentukan untukku di Luh Mahfuz..

Ya Allah...
Jika dhia adalah jodoh yang kau titipkan untuk menjadi nakhodaku,
Bukakanlah pintu hatinya untuk menikahiku,
Bukakanlah pintu hati kedua ibubapanya,
untuk menerimaku dan bakal anak2ku...

Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Kau makbulkanlah doaku ini,
Sesungguhnya Kau yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui...

note : malu nk tulis doa nie...tp nk kongsikan sme2... :-)

Friday, December 16, 2011

Derma Organ???



Derma organ??? terperanjat ibuku sewaktu aku memberitahu hasrat aku ingin mendaftar sebagai penderma organ. katanya tak sanggup nak tengok anak die masa kebumi xda organ, hehe ada2 je mak aku nie... Jawab aku, dah itu je mampu aku dermakan, harta xda lagi, apa salahnya kan?? sampai sekarang pun mak aku tak berapa setuju, oleh sbb aku pun xda kesempatan nak pergi daftar lagi, so aku ambil waktu yang ada untuk memahami apa sebenarkan penderma organ nie...

So, malam nie aku baca lah sikit2 dulu mengenai derma organ nie, so jelaslah sikit... Mak2 biasalah, mana sanggup nak tgok anak die sakit. kalau kite jd mak pun mesti cmtu. Tapi bagi aku, bile dah mati, xsalah kalau organ kite nie, org lain boleh gunakan...:-)

JOMM kite bace info mengenai Derma Organ <3 <3 <3

Anugerah Kehidupan Yang Tidak Ternilai

Dengan mendaftarkan diri kepada Daftar Penderma Organ Nasional, anda akan membenarkan organdantisu anda digunakan bagi tujuan transplan, selepas anda meninggal dunia. Ini akan mengubahkan kehidupan beberapa orang yang mengalami kegagalan organ supaya menjadi lebih selesa dan sempurna serta dapat menyelamatkan nyawa mereka dari maut.
Kita sedar bahawa isu pendermaan organ dan tisu adalah suatu isu yang menimbulkan banyak persoalan. Oleh itu, berikut adalah penjelasan kepada beberapa persoalan yang sentiasa ditimbulkan.

Siapakah Yang Layak Menjadi Penderma ?
Sesiapapun,sama ada tua ataupun muda boleh mendaftar segagai penderma organ dan tisu. Walaubagaimanapun mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun perlu mendapat kebenaran ibubapa atau penjaga terlebih dahulu.

Apakah Itu Pendermaan Organ?
Ia adalah proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk transplan selepas ianya meninggal dunia.
Transplantasi (Permindahan Organ) adalah suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma yang telah meninggal dunia. Dengan cara ini, maka kehidupan penerima organ atau tisu itu akan menjadi lebih selesa dan sempurna serta nyawanya akan terselamat. Pendermaan organ dan tisu adalah satu amalan kemanusian yang mulia.


Apakah Organ dan Tisu Yang Boleh Didermakan?
Pada umumnya organ-organ yang boleh didermakan adalah buah pinggan, jantung, hati(heper), paru-paru dan pankreas. Tisu-tisu yang boleh didermakan adalah mata, tulang, kulit dan injap jantung. Ini bermakna, seseorang penderma akan dapat mengubah kehidupan serta menyelamatkan beberapa orang pesakit.

Bilakah Organ dan Tisu Sipenderma itu Diperolehi?
Proses perolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma itu hanya akan dilakukan apabila kematian telah disahkan oleh dua orang doktor dengan pengesahan kematian seseorang penderma itu adalah bebas dan tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu.

Apakah Perbezaan Rawatan Jika Diketahui Anda adalah seseorang Penderma?
Tidak! Doktor -Doktor yang merawat anda akan berusaha sedaya mungkin dengan mengambil semua tindakan serta langkah yang diperlukan untuk menyelamatkan nyawa anda. Persoalan mengenai pendermaan organ dan tisu akan dibincangkan dengan waris anda hanya selapas kematian telah disahkan

Adakah terdapat Bantahan Dari Sudut Agama?
Tiada! Kebayakan agama di seluruh dunia seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh mengiktiraf pendermaan organ dan tisu sebagai satu amalan yang mulia

Bagaimana Organ Pendermaan itu dipindahkan?
Proses pemindahan organ dan tisu membabitkan suatu pembedahan yang bersih dan sucihama.Pembedahan ini dijalankan di dewan bedah hospital oleh pakar bedah yang berpengalaman. Perolehan organ serta tisu seseorang penderma ini tidak akan menjelaskan rupa dan bentuk tubuh badannya. Selepas organ dan tisu diperolehi luka pembedahan itu akan dijahitkan dengan sempurna dan jenazah sipenderma ini tidak akan mengalami apa-apa kecacatan fizikal. Segala prosew pembedahan pemindahan ini dijalankan dengan rasa penuh hormat dan tertib sepertimana pembedahan-pembedahan biasa

Bagaimana Jika Anda Berubah Fikiran Menderma?
Pendermaan organ adalah suatu niat yang tulus ikhlas dan anda berhak untuk membatalkan hasrat ini pada bila-bila masa. Tiada sesiapapun yang dipaksa untuk menderma organ dan menukar fikiran untuk tidak menderma organ dan tisu. Anda hanya perlu memberitahu keluarga anda mengenainya dan memulangkan kad penderma organ anda kepada kami.

Adakah proses pendermaan Organ akan melambatkan urusan pengkebumian Jenazah?
Tidak! Urusan pengkebumian boleh dijalankan seperti biasa. Selepas organ dan tisu diperolehi dari tubuh penderma maka jenazah akan dibersihkan, dikhafankan dan dipulangkan kapada waris penderma secapat mungkin. Proses perolehan organ dan tisu tidak akan menjejaskan adat pengkebumian seperti upacara penghormatan kepada jenazah.

Bagaimanakah Anda Berhajat Untuk Manjadi Seorang Penderma Organ?
Anda perlu mengisi borang akaun penderma dan kad penderma. Borang yang telah dilengkapkan perlu dihantar kepada Pusat Sumber Transplan Nasional, sementara kad penderma anda hendaklah disimpan dalam dompet dan dibawa bersama anda pada setiap masa.


Anda Dinasihatkan untuk memaklumkan hasrat anda untuk menjadi seorang penderma organ dan tisu Kepada Keluarga Anda?
Ini akan memudahkan serta melicinkan proses mendapatkan keizinan perolehan organ dan tisu selepas kematian anda kelak.

JelAs??aku pun serba sedikit dah jelas :-) perkara mcm nie kena betul2 ikhlas kite lakukan, so pada sapa2 yang xtakut n leh dermakan organ lepas kite meninggal... Jommm isi borang :-) Smoga semuannya berjalan lancar untuk kite semua n sentiasa dirahmati Allah...aminnnn

Note : nak cube tdo awal mlm nie... :-) slamat mlm semuaa...

Monday, December 12, 2011

Kenali Senggugut



Assalamualaikum.... :-)
Oke malam nie, aku ingin kongsikan apa yang aku bace tentang SENGGUGUT. Setahu aku ramai jugak yang mengalami senggugut, malah ada yang langsung tak pernah alami situasi senggugut...

PErnah dengar x cerita menakutkan tentang senggugut??dlu2 aku pernah dengar orang cakap kadang2 senggugut nir ada kaitan dengan penyakit2 dalaman wanita. Yang tu mmg x dinafikan la semua orang akan risau, So hari nie aku akan bukak topik nie :-) sme2 kita bincang, kalau ada pendapat lain, leh share2... yerppp

Senggugut juge dikenali sbgai ‘premenstrual dysphoric disorder’ atay ‘dysmenorrhea’ merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh seselintir perempuan. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu :-

1) Senggugut primer (jenis biasa) 

2) Senggugut Sekunder (disebabkan oleh penyakit). 

Biasanya yang dapat kita tengok, org2 perempuan yg senggugut mesti mengalami kesakitan yang melampau sebelum datang bulan. Kesakitann nie biasanya kat bahagian ari2 dan pinggang. Act, keadaan senggugut ni boleh dianggap masalah biasa untuk perempuan yg meningkat remaja nie,  So bukan semua Senggugut tu menandakan PENYAKIT sebab lebih daripada 60% perempuan mengalami senggugut. 

BERITA BURUK ada sesetengah sengggugut ini takkan ilang walaupun dah berkahwin, BERITA BAIKNYA ada juga sesetngah perempuan tak alami sengugut lepas kahwin ataupun beranak nanti. hehehe seronok sket kan...

Oke sekarang JOM kita kaji apa yang menyebabkan jenis2 senggugut nie....

SENGGUGUT PRIMER



>>    Senggugut primer atau ‘primary dysmenorrhea’ terjadi sebab nak hasilkan hormon ‘prostaglandin’ oleh badan. 
>> Kesakitan tu sebab aktiviti pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya.
>> Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. 
>> Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. 
>> Senggugut primer boleh dirawat dengan ‘ibuprofen’ yang membantu menghalang penghasilan ‘prostaglandin’. Maknenya,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu,Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan.
>> ‘Prostaglandin’ yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid. 
>> Genetik - Ada juga yang kata gen mungkin memainkan peranan penting di sini. Sekiranya kite mengalami senggugut, kakak, makcik atau ibu mungkin turut sama mengalaminya.

kita mengalami dismenorea primer apabila :

Kekejangan. Bahagian bawah perut mungkin terasa seperti dipulas atau dipintal
* sakit sejak hari pertama haid atau beberapa jam sebelum atau selepas haid
* dua hari pertama haid adala paling sakit

* sakit kepala yang berdenyut-denyut

* Kesakitan mungkin dirasai di bahagian belakang badan, peha dan kaki

Cara untuk menghadapi senggugut  ialah:-

1) memperbanyakkan rehat (biasanya aku guling2 atas katil, pastu tdo..hahaha)
2) pemilihan nutrien yang baik 
3) melakukan senaman aerobik (biasanya aku lompat2 dan belari2 anak dlm umah)
4) Pengambilan kalsium yang secukupnya iaitu kira-kira 1000mg sehari. 
5) Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari. 
6) Ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran ‘prostaglandin’ dan perubahan hormon. (tak galakkan sgt la ambik ubat nie untuk perempuan2 yang belum berkahwin)

SENGGUGUT SEKUNDER


Senggugut sekunder ada kaitan dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid. 

Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik.

Jika kesakitan bermula beberapa hari sebelum permulaan haid dan berpanjangan selama 3 hari, dan anda juga menyedari ada beberapa benjolan dalam abdomen, muntah yang kerap, dan perubahan dalam aliran haid, eloklah berjumpa doktor.


Oke itu saje yang aku dpt cite n kongsikan ngan korang..hehe aku pun alami jugak keadaan nie, tapi tak la tiap2 bulan.. Bile tak sakit sgt tu, legaaa dpt la releks sikit...haha Sakit senggugut pun da sakit cmtu, bayangkan kalau melahirkan anak t, haha xdapat nak bayangkan sakit cmne.... oke jumpa lagi~~ Pada sape2 yang tengah bz exam...presentation.. Gudluckkk!! 

Note : menanti kepulangan Fahri sayee...:-)

Friday, December 9, 2011

Kurus Tanpa Berdiet

Hari ni aku nak ceritakan macam mana nak diet, oke walaupun aku sekarang xda la kurus sgt..hahhaa tapi pada waktu matrik dulu badan aku pernah naik secara mendadak akibat???? << putus cinta..kahkah>> padan muke, org nak bercinta, aku nak bercinta....  nak tengok ke mase aku naik mendadak tu ?? 


ni yer slah satunya, walaupun xla berapa naik tp itu kali pertama berat aku mencecah 52kg...haha time raya mase tu down gile semua orang kata aku gemuk..So, sejak itu baru aku sedar akan kegemukan aku n cube mengawal pemakanan aku disebabkan aku ni mmg kuat makan n cepat laparrrr....nak tau apa apa punca kegemukkan aku???

PERTAMA : Aiskrim


masa kat matrik aritu tiap2 petang aku makan aiskrim...bukan sekali, kadang2 waktu kelas tu pun kalau ada gap aku makan lagi, kadang2 sampai 2 kali sehari... So setelah buat kajian, baru aku tau aiskrim ni boleh jadi penyebab gemuk sbb kalori tinggi, n sebenarnya boleh makan aiskrim, tapi sebulan sekali... So, sekarang aku dah kurang makan aiskrim walaupun aku mmmmgggg suke aiskrim :-) 

KEDUA : Nasi


Nasi???matilah xmakan nasiiiii...aku pun xleh idup tanpa nasi, mmg aku rindu nak mkn nasi kalau sehari xjumpa... Aku nie jenis org yg cepat lapar, so, ble makan.... 2jam lepas tu aku lapar balik.. Keadaan cmnie lagi2 dengan stress dulu kat matrik banyk kerja n kene study aku selalu makan tak ingat dunie... 

Boleh makan nasi, tapi...... ambik sikit je...pastu letak lauk banyak2..tu satu langkah. Then, MALAM?? diharamkan makan nasi...ahahaha mmg kene haramkan nasi waktu malam sbb bile kita makan waktu malam semua kalori makanan berganda, sbb tu org diet xmakan malam. Tp berpada2 la, dah kalau hari tu family makan kat luar, dpt sembng2 ngan family xkan kite sorang je xmakan...hahaha tapi??? sekali sekala (Sebulan seklai dimaafkan) n dengan kuantiti yang sedikit...

KETIGA : Roti Canai



nilah makanan yang berminyak dan berlemak, sebb tu la sedap... Setiap makanan yang sedap itu pasti berlemakkk... rotu canai dekat Matrikulasi Pahang pd ketika tu, perrgghhhh mmg sedap la. Roti sardin, roti planta, roti bawang, roti telurrrr..... Semua tu xdapat aku atasi lagi nafsu makan aku, sekali order, dua plak tu, xmain la makan satu jer..hahaha 

Sukatan sebenar roti canai pun perlu dkurangkan, macam aiskrim jugak, kalau boleh makan sebulan sekali je... Bukan tak boleh, boleh.. Lagipun mase mude2 ni la nak rase makanan2 ni semua..nanti dah tue gigi xda, selera dah xda... so, nikmati lah apa yang ada, dengan berpada2... :-)

KEEMPAT : Air gas



air gas ni aku mmg tak suka dari dulu...mmg den xberkenan, dengan gasnya byk, nak minum pun terbantut...haha tapi list ni aku masukkan jugak sbb berdasarkan pemerhatian <<cewahhh mcm profesor lak>> ramai la orang mude dan berusia suke minum air gas.... xcye??? tgk minuman kat McD, KFC, HARI RAYA... Semua orang minum air gas, nak2 hari raya la....lagi2 budak2 kecik umur 3 tahun ke bawah, amboi2 sedap2 je die minum sampai 2 gelas... kita sebagai ibu bapa kene pantai nie...

Sebab air gas ni banyak kandungan gula...dan boleh menyebabkan penyakit kencing manis, manakala kencing manislah yang membawa pelbagai2 penyakit. mcm darah tinggi semua... takkan la anak2 kite mude, kite nak biarkan kencing manis kecik2, so ibu bapa kene pantau benda2 cmnie... kita pun, walaupun kat mcd n kfc tu milo mahal gileeeee, aku asyik kene tambah  RM3 jer, tp untuk kesihatan kene lah korbankan....hahaha kalau susah2, buat kat rumah, bwk p sana...

KELIMA : Fast Food




Dari tadi aku duk sebut KFC, Mcd, Pizza....baru sekarang fast food nak keluar?? bukan apa, maybe fast food ni ramai orang makan n sukeee..termasuk aku la... tapi maybe tak adalah makan hari2 kan, So sebab tu keluar last sekali... Kecuali kalau korang mmg makan tiap2 minggu, patut kurangkan la... Except tuk laki2 kuat kat sana yang suke berfutsallll leh la nak mkn tiap minggu... Tpi kalau yang terperap je kat bilik, jgn22..Amal kan makan sebulan sekali jugak...

Satu lagi, kebiasaan kentang goreng, nutget ke...selalu ada stok2 kat umah, so bile lapar goreng je... hah, tu satu kesilapan yang boleh membawa kegemukan... Sebab kalori dan minyak tinggi dalam makanan2 nie... Bukan xboleh, tapi berpada2, kalau sekali sekala nak tgk bola MAS vs INDON boleh jer...hahaha

Last sekali, act bile aku buat pemerhatian...ramai orang yang makan n selalu makan bile die mengalami tekanan atau pun stress... Stress kat tempat kerja, stress belajar, stress fyp, stress exam test, bercinta...smuala... Puncanya adalah stress yang menyebabkan kita rakyat di Malaysia yg byk sgt makanan meluahkan perasaan pada makanan2 nie...
Oke...jadi marilah kita sme2 jge pemakanan masing2.. :-)

Note : lapar plak byk sgt menulis nie..hahaha

Wednesday, December 7, 2011

Dendam dan Kebahagiaan



Kesan kehidupan ku dahulu,
menjadi punca aku begini...

Aku menjadi anak yg keras hatinya,
Aku menjadi kakak yang keras hatinya,
aku menjadi seorang yang keras hatinya...

Yang ada dlm hatiku cume perasaan 
BENCI
MARAH
DAN
DENDAM

Selagi semua perasaan ini menyelubungi hidupku, 
Selagi itu aku tak akan merasa kebahagiaan sebenar,
Kebahagiaan sbg seorang anak,
Kebagiaan sbg seorang kakak,
dan 
Kebahagiaan sebagai seorang istri kelak....

Bukankah aku sendiri ingin dirikan sebuah keluarga bahagia suatu hari nanti,
Inginkan anak2 yg menyayangi tanpa secalit dendam dihatinya,
Tanpa perasaan marah dihatinya...

Bagaimana akan ku capai kebahgiaan jika DENDAM berada dihatiku,
Aku perlu berubah...
Berubah untuk mencari kebahagiaan hakiki....

Tanpa secalit dendam...

Tuesday, December 6, 2011

Drama Cintan Cintun

Selamat Pagi.... :-)

Alhamdulillah bru lepas abis mkn bubur ayam pagi2 bute nie...hehe ni la salah satu cara menggemukkan badan namanya...Ok disebabkan aku dah lama tak update blogkan, So hari ni nak buang tabiat sket update blog berturut2, n sekali lagi aku nak cerita tentang cerita paling menarik pernah aku tonton!! nak tau?? JOmmm...

PERTAMA : Sawan Biang

nie cerita thailand tau 

Sinopsis die aku cite yer....first, cite nie hanya boleh d tonton oleh bdk2 berumur 18 tahun ke atas je yer, bukan ada unsur lucah, tapi xsesuai untuk budak2 tak matang ag...haha kesahnya bermula dengan seorang anak lelaki yang kaya,sombong,dan egooo, yang memiliki segalanya dlm idupnya... Tp sayangnya die kekurangan kasih syg daripada ayahnya, ayah die suke kawen cerai kawen cerai...<gatal gle> sbb ayah die pun kurang kasih syg..tapi last2 anak die xdpt kaseh syg... Disini, hadir jugak watak antagonis iaitu kakak heroin tu, d mana nanti kakak heroin yg juga amat meminati hero akan kawen dengan ayah hero tu, dengan perasaan yang amat bencikan kakak heroin tu.... 

Di sini la bermulanya KISAH CINTA hero pada heroin, iaitu kerana nak balas dendam pada kakaknya.... PErjalanan cerita ni panjang, yang paling aku suke, last2 ble aku tgk cite nie, aku tersedar satu benda IAITU bila lelaki tu jatuh cinta pada perempuan tu, timbulah rasa tanggung jawab, turun egonya sebagai seorng yang selama sgt2 berlagak, semuanya disebabkan cinta...itulah dikatakan kadang2 cinta mmpu merubah ego seorang lelaki.... :-)

RATE *****

KEDUA : Itazura Na Kiss vs Playful kiss


Kenapa ada dua??? oke...snie aku terangkan...Itazura Na kiss tu versi anime manakala Playful Kiss dilakonkan berdasarka anime tu... Menariknya cerita nie sebab memang wujudnya hero yang macam dlm cerita nie << aku pun jumpa n syg hero cmnie >>... hahaha 

KEsahnya beginie, first aku tgk anime dulu, sbb masa tu cerita drama baru sahaja nak d terbitkan... berdasarkan conclusion kedua2 versi menarik dan ada kekuatannya sendri...mungkin versi anime sedikit lawak la dengan eksperesi kartun tu kan, tapi tak dinafikan juga drama Playful kiss banyak memberi impak pada ramai student dengan heronya yang berjaya mmbawa watak lelaki yang xberperasaan sgt tu.... :-p

Sinopsisnya mcm nie... :-) Hero adalah seorng pelajar yang amat bijak dan hensem serta menjadi kegilaan perempuan <<macam biasalah, herokan..haha>> manakala heroin berpewatakan comel2, hepi go lucky dan sedikit kurang pandai...hihihi KEsah Cinta mereka bermula bila dengan tak logiknya rumah heroin  runtuh dan ayah heroin merupan kwn baik ayah hero... Dimana ayah hero mengajak kwn baik sekolahnya tu tinggal di rumah mereka buat sementara waktu... Masalahnya heroin nie mmg dari dulu suke dekat hero, siap pernah bagi surat cinta ag...hahaha Masalah hero pulak, die nie xda perasaan sket, xreti nak menunjukkan perasaan die, die xromantik, die xtau meluahkan perasaan, kdg2 xtau nak menjaga perasaan org yang die syg.... 

DaLAM cerita ni juga terdapat watak2 yang menarik seperti mak hero yang amat cute dengan sifatnya sebagain seorang ibu yang sentiasa ceria dan menjaga keluarga dan anak2 die...kalau korang tgk, mmg suke la watak mak die <<aku pun nak jadi ibu cmnie t>> ...hahaha dan kehadiran kawan2 heroin yang comel2 dan mempunyai karekter yang menarikkk..



Disitulah bermula keserasian mereka, bukan ke manusia di jadikan berbeza sifat dan kelakuannya, sebab itu setiap manusia perlu mencari pasangan yang dapat melengkapi hidupnya dan mengisi kekosongan antara satu sama lain....disitu lah tercapainya KESEMPURNAAN...sebab manusia tak sempurna :-)

RATE *****

KETIGA : Lover In Paris

Penipu la kalau sapa yang kata xpernah tengok cerita nie....cerita ni pernah main dulu kat tv9 dan tv3 mase tu aku sekolah lagi....semangat tengok cerita nie tiap2 hari kat tv.. Cerita ni dah agak lama tapi amat menarik bagi aku...kenapa??? sebab hadirnya hero kedua.... iaituuuuuu


KEnapa aku suke hero kedua ni?? Die seorng yang mencintai heroin dan sentiasa menunggu heroin dengan sabar.. Act, xramai lelaki cmnie, adakah salah die mencintai heroin??? tidak kan, tidak salah untuk mencintai seseorang... Tapi sygnya, perasaan kasih dan cintanya bertukar menjadikan seorng yang agresif, sebab perasaan sakit dalam hatinya...Aghhh, bukankah amat sakit rasenya mencintai seseorang yang mencintai abgnya sendri???? 

Manakala hero seorang yg nerd and workaholic...dengan pakai glasses and selalu pkai coat, manakala heroin tu seorng yang sentiasa ceria... Walaupun die hadapi banyak masalah, die selalu hadapi dengan senyuman... karakter yg berbeza bukan?? Tapi aku rase, mesti dah ramai yang dah tgk cte nie....so, spe2 yang xtgk ag tu...cepat2 la tgk :-p

RATE : *****

Rasanya 3 cerita nie yang bayk memberi impak dlm idup aku...yang byk menceritakan tentang kehidupan sebenar, dan menyedarkan kita bahawa wujudnya org2 sebegini... HAhh, bru teringat... Act, ramai gle org ske tgk cite BOY OVER FLOWER kan??? nape aku tak masukkan cerita tu? tak adalah xske, cume aku tak rasa ceritanya memberi impak la pada aku... :-)

So, sampai sinie sahaja la buat pg nie... Hope sape yg tak tengok ag, leh la cri kat kwn2 kat hostel tuuuu... n enjoyyy slalu :-) Assalamualaikummm....

Note : cmne perubahan blog nie???ok x??