BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 12, 2011

Kenali Senggugut



Assalamualaikum.... :-)
Oke malam nie, aku ingin kongsikan apa yang aku bace tentang SENGGUGUT. Setahu aku ramai jugak yang mengalami senggugut, malah ada yang langsung tak pernah alami situasi senggugut...

PErnah dengar x cerita menakutkan tentang senggugut??dlu2 aku pernah dengar orang cakap kadang2 senggugut nir ada kaitan dengan penyakit2 dalaman wanita. Yang tu mmg x dinafikan la semua orang akan risau, So hari nie aku akan bukak topik nie :-) sme2 kita bincang, kalau ada pendapat lain, leh share2... yerppp

Senggugut juge dikenali sbgai ‘premenstrual dysphoric disorder’ atay ‘dysmenorrhea’ merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh seselintir perempuan. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu :-

1) Senggugut primer (jenis biasa) 

2) Senggugut Sekunder (disebabkan oleh penyakit). 

Biasanya yang dapat kita tengok, org2 perempuan yg senggugut mesti mengalami kesakitan yang melampau sebelum datang bulan. Kesakitann nie biasanya kat bahagian ari2 dan pinggang. Act, keadaan senggugut ni boleh dianggap masalah biasa untuk perempuan yg meningkat remaja nie,  So bukan semua Senggugut tu menandakan PENYAKIT sebab lebih daripada 60% perempuan mengalami senggugut. 

BERITA BURUK ada sesetengah sengggugut ini takkan ilang walaupun dah berkahwin, BERITA BAIKNYA ada juga sesetngah perempuan tak alami sengugut lepas kahwin ataupun beranak nanti. hehehe seronok sket kan...

Oke sekarang JOM kita kaji apa yang menyebabkan jenis2 senggugut nie....

SENGGUGUT PRIMER



>>    Senggugut primer atau ‘primary dysmenorrhea’ terjadi sebab nak hasilkan hormon ‘prostaglandin’ oleh badan. 
>> Kesakitan tu sebab aktiviti pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya.
>> Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. 
>> Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. 
>> Senggugut primer boleh dirawat dengan ‘ibuprofen’ yang membantu menghalang penghasilan ‘prostaglandin’. Maknenya,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu,Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan.
>> ‘Prostaglandin’ yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid. 
>> Genetik - Ada juga yang kata gen mungkin memainkan peranan penting di sini. Sekiranya kite mengalami senggugut, kakak, makcik atau ibu mungkin turut sama mengalaminya.

kita mengalami dismenorea primer apabila :

Kekejangan. Bahagian bawah perut mungkin terasa seperti dipulas atau dipintal
* sakit sejak hari pertama haid atau beberapa jam sebelum atau selepas haid
* dua hari pertama haid adala paling sakit

* sakit kepala yang berdenyut-denyut

* Kesakitan mungkin dirasai di bahagian belakang badan, peha dan kaki

Cara untuk menghadapi senggugut  ialah:-

1) memperbanyakkan rehat (biasanya aku guling2 atas katil, pastu tdo..hahaha)
2) pemilihan nutrien yang baik 
3) melakukan senaman aerobik (biasanya aku lompat2 dan belari2 anak dlm umah)
4) Pengambilan kalsium yang secukupnya iaitu kira-kira 1000mg sehari. 
5) Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari. 
6) Ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran ‘prostaglandin’ dan perubahan hormon. (tak galakkan sgt la ambik ubat nie untuk perempuan2 yang belum berkahwin)

SENGGUGUT SEKUNDER


Senggugut sekunder ada kaitan dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid. 

Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik.

Jika kesakitan bermula beberapa hari sebelum permulaan haid dan berpanjangan selama 3 hari, dan anda juga menyedari ada beberapa benjolan dalam abdomen, muntah yang kerap, dan perubahan dalam aliran haid, eloklah berjumpa doktor.


Oke itu saje yang aku dpt cite n kongsikan ngan korang..hehe aku pun alami jugak keadaan nie, tapi tak la tiap2 bulan.. Bile tak sakit sgt tu, legaaa dpt la releks sikit...haha Sakit senggugut pun da sakit cmtu, bayangkan kalau melahirkan anak t, haha xdapat nak bayangkan sakit cmne.... oke jumpa lagi~~ Pada sape2 yang tengah bz exam...presentation.. Gudluckkk!! 

Note : menanti kepulangan Fahri sayee...:-)

0 comments: