Derma organ??? terperanjat ibuku sewaktu aku memberitahu hasrat aku ingin mendaftar sebagai penderma organ. katanya tak sanggup nak tengok anak die masa kebumi xda organ, hehe ada2 je mak aku nie... Jawab aku, dah itu je mampu aku dermakan, harta xda lagi, apa salahnya kan?? sampai sekarang pun mak aku tak berapa setuju, oleh sbb aku pun xda kesempatan nak pergi daftar lagi, so aku ambil waktu yang ada untuk memahami apa sebenarkan penderma organ nie...
So, malam nie aku baca lah sikit2 dulu mengenai derma organ nie, so jelaslah sikit... Mak2 biasalah, mana sanggup nak tgok anak die sakit. kalau kite jd mak pun mesti cmtu. Tapi bagi aku, bile dah mati, xsalah kalau organ kite nie, org lain boleh gunakan...:-)
JOMM kite bace info mengenai Derma Organ <3 <3 <3
Anugerah Kehidupan Yang Tidak Ternilai
Dengan mendaftarkan diri kepada Daftar Penderma Organ Nasional, anda akan membenarkan organdantisu anda digunakan bagi tujuan transplan, selepas anda meninggal dunia. Ini akan mengubahkan kehidupan beberapa orang yang mengalami kegagalan organ supaya menjadi lebih selesa dan sempurna serta dapat menyelamatkan nyawa mereka dari maut.
Kita sedar bahawa isu pendermaan organ dan tisu adalah suatu isu yang menimbulkan banyak persoalan. Oleh itu, berikut adalah penjelasan kepada beberapa persoalan yang sentiasa ditimbulkan.
Siapakah Yang Layak Menjadi Penderma ?
Sesiapapun,sama ada tua ataupun muda boleh mendaftar segagai penderma organ dan tisu. Walaubagaimanapun mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun perlu mendapat kebenaran ibubapa atau penjaga terlebih dahulu.
Apakah Itu Pendermaan Organ?
Ia adalah proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk transplan selepas ianya meninggal dunia.
Transplantasi (Permindahan Organ) adalah suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma yang telah meninggal dunia. Dengan cara ini, maka kehidupan penerima organ atau tisu itu akan menjadi lebih selesa dan sempurna serta nyawanya akan terselamat. Pendermaan organ dan tisu adalah satu amalan kemanusian yang mulia.
Apakah Organ dan Tisu Yang Boleh Didermakan?
Pada umumnya organ-organ yang boleh didermakan adalah buah pinggan, jantung, hati(heper), paru-paru dan pankreas. Tisu-tisu yang boleh didermakan adalah mata, tulang, kulit dan injap jantung. Ini bermakna, seseorang penderma akan dapat mengubah kehidupan serta menyelamatkan beberapa orang pesakit.
Bilakah Organ dan Tisu Sipenderma itu Diperolehi?
Proses perolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma itu hanya akan dilakukan apabila kematian telah disahkan oleh dua orang doktor dengan pengesahan kematian seseorang penderma itu adalah bebas dan tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu.
Apakah Perbezaan Rawatan Jika Diketahui Anda adalah seseorang Penderma?
Tidak! Doktor -Doktor yang merawat anda akan berusaha sedaya mungkin dengan mengambil semua tindakan serta langkah yang diperlukan untuk menyelamatkan nyawa anda. Persoalan mengenai pendermaan organ dan tisu akan dibincangkan dengan waris anda hanya selapas kematian telah disahkan
Adakah terdapat Bantahan Dari Sudut Agama?
Tiada! Kebayakan agama di seluruh dunia seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh mengiktiraf pendermaan organ dan tisu sebagai satu amalan yang mulia
Bagaimana Organ Pendermaan itu dipindahkan?
Proses pemindahan organ dan tisu membabitkan suatu pembedahan yang bersih dan sucihama.Pembedahan ini dijalankan di dewan bedah hospital oleh pakar bedah yang berpengalaman. Perolehan organ serta tisu seseorang penderma ini tidak akan menjelaskan rupa dan bentuk tubuh badannya. Selepas organ dan tisu diperolehi luka pembedahan itu akan dijahitkan dengan sempurna dan jenazah sipenderma ini tidak akan mengalami apa-apa kecacatan fizikal. Segala prosew pembedahan pemindahan ini dijalankan dengan rasa penuh hormat dan tertib sepertimana pembedahan-pembedahan biasa
Bagaimana Jika Anda Berubah Fikiran Menderma?
Pendermaan organ adalah suatu niat yang tulus ikhlas dan anda berhak untuk membatalkan hasrat ini pada bila-bila masa. Tiada sesiapapun yang dipaksa untuk menderma organ dan menukar fikiran untuk tidak menderma organ dan tisu. Anda hanya perlu memberitahu keluarga anda mengenainya dan memulangkan kad penderma organ anda kepada kami.
Adakah proses pendermaan Organ akan melambatkan urusan pengkebumian Jenazah?
Tidak! Urusan pengkebumian boleh dijalankan seperti biasa. Selepas organ dan tisu diperolehi dari tubuh penderma maka jenazah akan dibersihkan, dikhafankan dan dipulangkan kapada waris penderma secapat mungkin. Proses perolehan organ dan tisu tidak akan menjejaskan adat pengkebumian seperti upacara penghormatan kepada jenazah.
Bagaimanakah Anda Berhajat Untuk Manjadi Seorang Penderma Organ?
Anda perlu mengisi borang akaun penderma dan kad penderma. Borang yang telah dilengkapkan perlu dihantar kepada Pusat Sumber Transplan Nasional, sementara kad penderma anda hendaklah disimpan dalam dompet dan dibawa bersama anda pada setiap masa.
Anda Dinasihatkan untuk memaklumkan hasrat anda untuk menjadi seorang penderma organ dan tisu Kepada Keluarga Anda?
Ini akan memudahkan serta melicinkan proses mendapatkan keizinan perolehan organ dan tisu selepas kematian anda kelak.
JelAs??aku pun serba sedikit dah jelas :-) perkara mcm nie kena betul2 ikhlas kite lakukan, so pada sapa2 yang xtakut n leh dermakan organ lepas kite meninggal... Jommm isi borang :-) Smoga semuannya berjalan lancar untuk kite semua n sentiasa dirahmati Allah...aminnnn
Note : nak cube tdo awal mlm nie... :-) slamat mlm semuaa...
salam buat empunya blog, pengkomen dan sahabat yg membaca. maaf sekiranya tulisan sy ini mengganggu fikiran anda semua. sebelum sy pergi lebih jauh, ingin sekali sy bertanya kepada anda semua. pernahkah saudara saudari sekelian melihat bagaimana orang mati @ mayat @ jenazah itu dimandi, dikafan, diangkat dan diusung ke kubur @ tempat persemadian? mungkin soalan sy ini agak simple tp apa yg cuba sy sampaikan ialah,......
ReplyDeletesemasa hayat kita masih ada, kita akan merasa sakit apabila dicubit, rasa nak meraung apabila tangan terhiris walau dengan pisau berharga rm0.20 (pisau lipat). kita merasa mahu merjeri "sakitttt" apabila situasi itu berlaku. sy sendiri jika diberi pilihan, sy tak mahu merasainya, namun itulah lumrah. mengelak dari pisau lipat tak bermakna akan terlepas dari parang, gergaji, mahupun mata kail bagi pemancing seperti sy.
sekadar peringatan dari sy.
ini berdasarkan pengalaman sy yg adakala pergi menghadiri dan ada ketikanya turut serta dalam proses pengurusan jenazah.
semasa proses pemandian, sy sering diingatkan agar tidak mengasari tubuh simati kerana jika itu berlaku, tubuh simati akan merasa sakit yg amat sangat. terfikirkah anda?
semasa proses pengkafanan, sy sering dinasihatkan supaya melakukannya dengan cara paling cermat. waima mengangkat tanganya untuk diletakkan cebisan tisu dicelah lelipatnya.
semasa proses menghurung jasad simati ketempat persemadian pun sy diingatkan agar melakukannya dengan berhati- hati ( jangan sampai tubuh simati terhentak). simati akan merasa sakit berganda andai itu berlaku.
tahukan anda bahawa jasad orang yg sudah dipisahkkan oleh roh juga akan merasa sakit? sakitnya pula adalah berganda berbanding rasa sakit jika dibanding dengan orang yg masih bernyawa. seandainya hijab kita dibuka oleh kuasa allah swt untuk diperdengarkan jeritannya diwaktu itu, pastinya tiada siapa sanggup menguruskan jasad simati.
kesimpulan yg dapat sy berikan ialah, berfikirlah sebelum bertindak. ya ,. ayat yg selalu kita dengar dan sebutkan. mengenai program menderma organ selepas mati, sejujurnya, saya amat TIDAK SOKONG. sedarlah bahawa yg amalan kita hanya diterima oleh allah semasa kita masih bernyawa sahaja. nasihat sy, usahlah mengejar nama dengan kononnya dapat menolong orang selepas mati kelak kerana semuanya sudah tertulis bahawa:
1)amalan semasa hidup
2)doa anak yg soleh
3)amal jariah
itu saja yg menjamin kesejahteraan kita kelak. walau bagaimana pun, sy menasihatkan saudara saudari agar memilih untuk menderma organ selama hayat dikandung badan untuk mengelakkan azab sakitnya menempuh alam barzakh sebelum diazab pula oleh allah swt. lebih elok kita menderma rm0.10 ditabung membina masjid @ sekolah dari terpaksa menjerit kesakitan akibat jantung, hati, paru- paru dll direntap oleh hamba seperti kita juga. itu lebih dipandang mulia disisinya. belum tentu sipenerima "bantuan" anda itu seorang muslim. jikalau muslim pun, adakah dia anak anda?
fikirlah....
iklas dari saya....
maaf jika kata- kata sy telah menyinggung perasaan saudara saudari sekalian. sy cuma mengingatkan saudara saudari seagama seperti dituntut oleh agama kita.
hukum fatwa berubah setiap tahun, balasan allah swt kekal selamanya.
sekian, terima kasih,
regards,
مهمر حافيظ