Hari ni aku nak ceritakan macam mana nak diet, oke walaupun aku sekarang xda la kurus sgt..hahhaa tapi pada waktu matrik dulu badan aku pernah naik secara mendadak akibat???? << putus cinta..kahkah>> padan muke, org nak bercinta, aku nak bercinta.... nak tengok ke mase aku naik mendadak tu ??
ni yer slah satunya, walaupun xla berapa naik tp itu kali pertama berat aku mencecah 52kg...haha time raya mase tu down gile semua orang kata aku gemuk..So, sejak itu baru aku sedar akan kegemukan aku n cube mengawal pemakanan aku disebabkan aku ni mmg kuat makan n cepat laparrrr....nak tau apa apa punca kegemukkan aku???
PERTAMA : Aiskrim
masa kat matrik aritu tiap2 petang aku makan aiskrim...bukan sekali, kadang2 waktu kelas tu pun kalau ada gap aku makan lagi, kadang2 sampai 2 kali sehari... So setelah buat kajian, baru aku tau aiskrim ni boleh jadi penyebab gemuk sbb kalori tinggi, n sebenarnya boleh makan aiskrim, tapi sebulan sekali... So, sekarang aku dah kurang makan aiskrim walaupun aku mmmmgggg suke aiskrim :-)
KEDUA : Nasi
Nasi???matilah xmakan nasiiiii...aku pun xleh idup tanpa nasi, mmg aku rindu nak mkn nasi kalau sehari xjumpa... Aku nie jenis org yg cepat lapar, so, ble makan.... 2jam lepas tu aku lapar balik.. Keadaan cmnie lagi2 dengan stress dulu kat matrik banyk kerja n kene study aku selalu makan tak ingat dunie...
Boleh makan nasi, tapi...... ambik sikit je...pastu letak lauk banyak2..tu satu langkah. Then, MALAM?? diharamkan makan nasi...ahahaha mmg kene haramkan nasi waktu malam sbb bile kita makan waktu malam semua kalori makanan berganda, sbb tu org diet xmakan malam. Tp berpada2 la, dah kalau hari tu family makan kat luar, dpt sembng2 ngan family xkan kite sorang je xmakan...hahaha tapi??? sekali sekala (Sebulan seklai dimaafkan) n dengan kuantiti yang sedikit...
KETIGA : Roti Canai
nilah makanan yang berminyak dan berlemak, sebb tu la sedap... Setiap makanan yang sedap itu pasti berlemakkk... rotu canai dekat Matrikulasi Pahang pd ketika tu, perrgghhhh mmg sedap la. Roti sardin, roti planta, roti bawang, roti telurrrr..... Semua tu xdapat aku atasi lagi nafsu makan aku, sekali order, dua plak tu, xmain la makan satu jer..hahaha
Sukatan sebenar roti canai pun perlu dkurangkan, macam aiskrim jugak, kalau boleh makan sebulan sekali je... Bukan tak boleh, boleh.. Lagipun mase mude2 ni la nak rase makanan2 ni semua..nanti dah tue gigi xda, selera dah xda... so, nikmati lah apa yang ada, dengan berpada2... :-)
KEEMPAT : Air gas
air gas ni aku mmg tak suka dari dulu...mmg den xberkenan, dengan gasnya byk, nak minum pun terbantut...haha tapi list ni aku masukkan jugak sbb berdasarkan pemerhatian <<cewahhh mcm profesor lak>> ramai la orang mude dan berusia suke minum air gas.... xcye??? tgk minuman kat McD, KFC, HARI RAYA... Semua orang minum air gas, nak2 hari raya la....lagi2 budak2 kecik umur 3 tahun ke bawah, amboi2 sedap2 je die minum sampai 2 gelas... kita sebagai ibu bapa kene pantai nie...
Sebab air gas ni banyak kandungan gula...dan boleh menyebabkan penyakit kencing manis, manakala kencing manislah yang membawa pelbagai2 penyakit. mcm darah tinggi semua... takkan la anak2 kite mude, kite nak biarkan kencing manis kecik2, so ibu bapa kene pantau benda2 cmnie... kita pun, walaupun kat mcd n kfc tu milo mahal gileeeee, aku asyik kene tambah RM3 jer, tp untuk kesihatan kene lah korbankan....hahaha kalau susah2, buat kat rumah, bwk p sana...
KELIMA : Fast Food
Dari tadi aku duk sebut KFC, Mcd, Pizza....baru sekarang fast food nak keluar?? bukan apa, maybe fast food ni ramai orang makan n sukeee..termasuk aku la... tapi maybe tak adalah makan hari2 kan, So sebab tu keluar last sekali... Kecuali kalau korang mmg makan tiap2 minggu, patut kurangkan la... Except tuk laki2 kuat kat sana yang suke berfutsallll leh la nak mkn tiap minggu... Tpi kalau yang terperap je kat bilik, jgn22..Amal kan makan sebulan sekali jugak...
Satu lagi, kebiasaan kentang goreng, nutget ke...selalu ada stok2 kat umah, so bile lapar goreng je... hah, tu satu kesilapan yang boleh membawa kegemukan... Sebab kalori dan minyak tinggi dalam makanan2 nie... Bukan xboleh, tapi berpada2, kalau sekali sekala nak tgk bola MAS vs INDON boleh jer...hahaha
Last sekali, act bile aku buat pemerhatian...ramai orang yang makan n selalu makan bile die mengalami tekanan atau pun stress... Stress kat tempat kerja, stress belajar, stress fyp, stress exam test, bercinta...smuala... Puncanya adalah stress yang menyebabkan kita rakyat di Malaysia yg byk sgt makanan meluahkan perasaan pada makanan2 nie...
Oke...jadi marilah kita sme2 jge pemakanan masing2.. :-)
Note : lapar plak byk sgt menulis nie..hahaha
0 comments:
Post a Comment